Tanah runtuh: 5 lagi mayat ditemui, 16 maut setakat jam 1 tengah hari

0
151

LIMA lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang meninggal dunia, ditemui setakat jam 1 tengah hari tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia ketika ini seramai 16 orang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata berdasarkan rekod, terdapat 17 lagi mangsa yang sedang dicari.

“Pihak polis menggunakan kaedah inkubator dan sistem penyodok dalam mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Pada masa ini juga, kekuatan pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi keselamatan ditambah membabitkan 15 agensi. Dari segi penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut sama membantu adalah Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerak Am (PGA),” katanya di lokasi kejadian memetik laporan BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here