Resorts World Genting nasihat pengunjung guna lebuhraya Karak melalui Genting Sempah

0
161

RESORTS World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting sudah ditutup polis susulan kejadian berkenaan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” menurut laman web itu.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di tapak perkhemahan berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here