Noh Omar, Zuraida, Jamal Abdillah, Ridhuan Tee antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN

0
167

BEKAS Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Tidak ketinggalan artis tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah dan dua pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN.

Mengumumkan perkara itu, Presiden NGO MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pertubuhan itu juga menyenaraikan dua ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan antara 30 personaliti Dewan Tertinggi MN.

Selain itu, kata Annuar, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan aktivis, Cikgu Izzat Johari turut disenaraikan lapor Astro AWANI.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here