Jumpa di mahkamah, kata Sanusi

0
264

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor berkata, beliau bercakap mengenai sejarah susulan dakwaannya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkaitan “berperwatakan tidak bermoral”.

Beliau turut mengulangi kesediaannya berdepan Anwar di mahkamah.

Jumpa di mahkamah…kita kisahkan tentang sejarah,” katanya di Facebook malam tadi yang disertakan beberapa gambar dokumen peguamnya.

Hantaran di Facebook Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian selepas Anwar memfailkan saman fitnah dan menuntut ganti rugi kerana merosakkan reputasinya disebabkan dakwaan itu.

Sanusi didakwa membuat kenyataan itu dalam sebuah ceramah menjelang pilihan raya umum ke-15. Video ucapan itu kemudiannya disiarkan di Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here