Latif Romly kini bergelar suami

0
256

ATLET paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berkongsi momen bahagia itu menerusi Instagram (IG) live miliknya, lapor Astro AWANI.

Pasangan ini selamat disatukan dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM1,312 dan difahamkan majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pengantin serta kenalan rapat.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa. Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah.

Terdahulu, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here