Hamzah dinamakan Ketua Pembangkang, Muhyiddin Ketua Ahli Parlimen PN – Takiyuddin

0
211

MESYUARAT Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN.

“Dalam mesyuarat PN kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang,” katanya lapor Astro AWANI.

Takiyuddin berkata, beliau pula dilantik sebagai Ketua Whip Parlimen bagi gabungan itu.

Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat beberapa hari lalu.

PN juga katanya telah menghantar nama calon yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau tidak mahu mendahului Muhyiddin yang dijangka akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Ahli PN setakat ini bersetuju untuk menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here