Asyraf Wajdi patut padam hantaran bidas DAP-PH, kata Wan Saiful

0
408

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki disaran memadam hantaran di Facebooknya sebelum ini yang banyak membidas DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebaliknya Asyraf sepatutnya menggantikan hantaran yang memuji DAP dan PH sebagai tanda menghormati rakan politik baharu UMNO.

“Saya risau takut-takut nanti tak dapat jadi Senator sebab PH marah.

“Terutamanya yang kat bawah ni… Tolong ubah jadi sanjungan dan pujian kepada DAP-PH ya,” sindir beliau di Facebook, hari ini.

Hantaran di Facebook Wan Saiful yang turut disertai pautan hantaran Asyraf Wajidi yang membidas DAP dan PH.

Terdahulu, Asyraf dalam kenyataan di Facebooknya pada September 2019 menyenaraikan 10 bukti pimpinan DAP-PH pencetus api perkauman.

Dalam status tersebut, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO memandang serius dakwaan kononnya pembangkang (PH ketika itu) bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis.

Antara bukti yang disenaraikan Asyraf adalah kenyataan (bekas) Menteri Sumber Manusia DAP, M. Kulasegaran yang menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018);

Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib. (26 November 2018).

Untuk rekod, Asyraf kalah sekali lagi dalam pertandingan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di kerusi Parlimen Gerik.

Spekulasi mengatakan Asyraf berharap dapat dilantik menjadi Senator dan kemudiaannya dilantik sebagai menteri dalam kerajaan PH-Barisan Nasional (BN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here