Kelantan lulus RUU larangan lompat parti

0
188

RANG Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di Kelantan diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, hari ini.

Usul pindaan itu dikemukakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong sebulat suara oleh Ahli Dewan yang hadir pada Persidangan Ketiga Penggal Kelima Dun Kelantan ke-14 di Kota Bharu, lapor Harian Metro.

“Tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan agar sekata dan selari dengan apa yang sudah diputuskan di Parlimen sebelum ini,” katanya ketika menggulung RUU itu, hari ini.

Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pindaan itu dilaksana selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa pada 5 Oktober lalu.

Akta itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here