Ronaldo, Manchester United berpisah

0
168

PENYERANG kontroversi Manchester United, Cristiano Ronaldo sah meninggalkan kelab itu apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontraknya.

Penamatan kontrak Ronaldo yang sepatutnya tamat pada Jun 2023 bernilai 500,000 pound (RM2.7 juta) seminggu bermaksud pemain kelahiran Portugal itu akan terlepas baki 16,000,000 pound (RM87 juta) dengan United dilaporkan tidak akan membayar sebarang pampasan.

Pemergian Ronaldo diumumkan pada awal pagi Rabu selepas United mengesahkan berita itu dalam satu kenyataan.

“Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama berkuat kuasa serta merta.

“Kelab berterima kasih di atas sumbangan di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan dan berharap dia dan keluarga terus cemerlang pada masa hadapan,” kata kelab gergasi itu.

Cristiano Ronaldo mencetuskan kontroversi minggu lalu dalam program temubual bersama Piers Morgan apabila dia mendakwa disabotaj oleh kelab dan tidak menghormati pengurus baharu, Erik ten Hag.

Kedudukan Ronaldo di kelab tidak dapat dipertahankan lagi selepas dia mengkritik kelab, pemilik kelab, pengurus dan rakan sepasukannya dalam temu bual tersebut.

Kapten Portugal itu turut meluahkan kenyataan penuh emosi buat peminat Manchester United menyatakan dia akan sentiasa menyayangi kelab itu dan mendoakan yang terbaik buat pasukan. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here