Saya akan buat keputusan dalam masa terdekat, kata Agong

0
153

YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata baginda akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai siapa yang akan membentuk kerajaan persekutuan.

Sultan Abdullah berkata, baginda tidak dapat mendedahkan apa-apa kerana “belum melihat apa-apa lagi”.

“Perlu rasional, kita perlu bergerak ke hadapan. Kita harus maju untuk negara tercinta,” katanya kepada media di luar Istana Negara, lapor FMT.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat.”

Ini berlaku selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan dan kekal sebagai pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here