Annuar dedah konspirasi terancang, cubaan kelirukan Agong gagal

0
269

VETERAN UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata proses pemilihan Perdana Menteri kesepuluh menjadi rumit disebabkan ada pihak sejak daripada awal menyiapkan ‘konspirasi terancang’.

Beliau berkata pakatan sulit yang dilakukan sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tanpa menyedari bahawa ianya menjadi kesalahan besar, tidak sah dan batal.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Annuar berkata dasar parti iaitu ‘No Anwar, No DAP yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah pengikat kepada semua ahli dan tidak boleh dirombak oleh mana-mana individu.

“Sebarang tindakan yang bercanggah dengan dasar itu adalah tidak sah dan batal,” katanya lapor portal Agenda Daily pada Isnin.

Annuar berkata pendirian ahli Parlimen yang dipilih untuk menentukan siapa yang mereka sokong untuk memegang jawatan Perdana Menteri mesti dibuat oleh ahli itu tanpa sebarang tekanan.

“Ahli berhak membuat keputusan mengikut dasar parti yang telah diputuskan secara sah. Sebarang dokumen lain yang cuba dimanipulasi adalah batal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan,” katanya.

Annuar juga berkata beliau difahamkan bahawa ada pihak yang sekali lagi cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen yang bukan saja bercanggah dengan Perlembagaan Negara, malah bertentangan dengan keputusan Dewan Tertinggi BN yang baharu dibuat hari ini.

“Perbuatan untuk menjayakan Konspirasi Terancang ini amat serius dan telah melanggar dasar PAU serta keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Justeru, kita yakin pada kebijaksanaan dan sikap adil Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak melantik seorang Perdana Menteri.

“Masalah konspirasi yang terbongkar, tentunya akan diurus sendiri oleh UMNO dan BN. Insya-Allah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here