Rumah Muhyiddin jadi tumpuan pemimpin PN

0
214

BEBERAPA pemimpin utama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dipercayai berkumpul di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur ketika teka-teki mengenai rundingan bentuk gabungan baru kerajaan masih belum terjawab. 

Kelihatan pergerakan kenderaan keluar masuk yang membawa pemimpin PAS termasuk Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang sekitar pukul 11.30 pagi. 

Laporan portal-portal berita pula menyebut, kenderaan yang membawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat meninggalkan kawasan itu pada jam 1.15 petang tadi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here