PRU-15: MetMalaysia ramal ribut petir di beberapa negeri pagi ini

0
196

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa daerah dan negeri di Semenanjung serta sebahagian Sabah, akan dilanda ribut petir pagi ini.

Menerusi amaran ribut petir dikeluarkan pada jam 6.30 pagi tadi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Langat, Selangor; serta keseluruhan daerah di Negeri Sembilan dan Melaka.

Keadaan cuaca sama turut dijangka melanda lapan daerah di negeri Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara di Sabah, daerah yang dijangka terkesan adalah di Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

Cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan hingga jam 9 pagi ini lapor BH .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here