PRU-15: Acryl nafi hubungi Anwar Ibrahim

0
143

KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menafikan dakwaan beliau menghubungi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Ini susulan dakwaan Anwar menyatakan Pakatan Harapan (PH) dirasakan mampu memenangi 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Ketua Polis Negara sudah menghubunginya dan memintanya untuk bersedia.

Acryl Sani berkata, dakwaan berkenaan tidak benar.

“Saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan berhubung ucapannya yang menyebut Ketua Polis Negara menghubunginya.

“Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini lapor Harian Metro.

Terdahulu, tular satu video ucapan Anwar ketika berkempen menyatakan Ketua Polis Negara, memintanya bersedia yang berkemungkinan bakal membentuk kerajaan selepas PH dijangka memperoleh 112 kerusi Parlimen dalam PRU-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here