Ketua Pemuda PN kalahkan Mahdzir Khalid di Padang Terap

0
245

Oleh RIZQI ZABIDI

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN) Kedah, Nurul Amin Hamid melakar kejutan apabila menumbangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Parlimen Padang Terap.

Melalui keputusan tidak rasmi dipaparkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Padang Terap di Kolej Mara Kuala Nerang, Mahdzir yang juga penyandang kerusi itu tewas dengan majoriti 10,959 undi.

Daripada 114 peti undi di Parlimen itu, Nurul Amin memperolehi 28,217 undi manakala Mahdzir sekadar mendapat 17,258 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Muaz Abdullah hanya memperolehi 2,702 undi manakala Razali Lebai Salleh dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 452 undi.

Pada PRU 14, Mahdzir memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,099 undi menewaskan Azam Aziz dari Pas dan Khairizal Khazali dari PKR.

Nurul Amin bersama penyokongnya kini sudah berada di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi tersebut manakala lain-lain calon termasuk Mahdzir, tidak kelihatan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here