Kenyataan media kerjasama PN-PH adalah palsu

0
256

SATU tangkap layar kenyataan media yang kononnya mengatakan Perikatan Nasional (PN) meterai kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau pada Sabtu.

“Kenyataan Media tersebut adalah palsu,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Kenyataan media palsu itu mengatakan PN akan memberi sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala PN pula diperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Manakala Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri kanan.

Orang ramai diminta untuk memastikan berita yang diterima adalah daripada sumber yang sahih dan elakkan kongsi perkara yang tidak pasti kesahihannya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here