Dua warga emas meninggal sebelum sempat mengundi

0
200

SEORANG warga emas wanita tidak sempat mengundi apabila menghembuskan nafas terakhir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.21 pagi itu, Tuminah Ambiah, 85, meninggal dunia sebelum sempat mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, kejadian berlaku ketika mangsa menunggu giliran untuk mengundi di saluran satu.

Kakitangan Kementerian Kesihatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan kematian warga emas itu.

“Kakitangan KKM mengesahkan kematian warga emas tersebut selepas ambulans tiba di tempat kejadian,” demikian menurut SPR Johor dalam satu kenyataan, seperti dilaporkan Utusan Online.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Sh. Juhara Syed Mohamad, 57, turut dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, dekat sini pukul 9.30 pagi .

Sh. Juhara meninggal dunia selepas mengundi di saluran satu bagi kerusi Parlimen Pulai.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas mengundi apabila mengalami sesak nafas. 

“Pengundi hadir ke saluran satu dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran, tapi ingin meneruskan pengundian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here