Mereka semua cakap terima kasih Abah – Muhyiddin

0
259

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sokongan rakyat terhadap gabungan itu semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

“Apabila saya menjelajah ke seluruh negara, dari utara ke selatan saya telah bertemu dengan ramai orang.

“Dan buat pertama kalinya, saya melihat gelombang sokongan yang semakin meningkat untuk PN. Mereka menyokong PN kerana apa yang saya lakukan sebagai Perdana Menteri sebelum ini,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah PN Best Final di pekarangan Kompleks Sukan Pagoh dekat sini, malam tadi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ramai pengundi menyatakan penghargaan terhadap dasar dilaksanakannya ketika pandemik COVID-19 seperti moratorium kewangan dan pakej bantuan.

“Mereka semua cakap terima kasih Abah,” katanya merujuk kepada gelaran yang diberikan kepadanya ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Sokongan mereka adalah pengakuan, rasa percaya dan yakin bahawa PN adalah pilihan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya, Berita Bersatu.

Muhyiddin yang juga calon PN di Parlimen Pagoh turut menyeru semua pengundi menolak gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) iaitu saingan utama PN pada PRU15.

“BN dan parti komponen utama UMNO mempunyai sejarah rasuah yang berleluasa, manakala PH sebagai sebuah gabungan tidak menghormati dasar yang melindungi hak orang Melayu dan institusi Islam.

“Jadi BN dan PH terkeluar. Anda (rakyat) hanya tinggal satu pilihan sekarang, iaitu Perikatan Nasional.

“Tiada pilihan tetapi ia adalah pilihan terbaik untuk memilih kerajaan PN. Inilah yang rakyat mahukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here