Tok Mat tolak dakwaan jumpa pemimpin PN atas kemungkinan jalin pakatan

0
208

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak dakwaan beliau menemui pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan kemungkinan menjalin pakatan selepas pilihan raya umum ke-15.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang rundingan antara pemimpin partinya dengan PAS dan Bersatu seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika ia seperti apa yang didakwa, saya pasti terlibat (dalam rundingan begitu),” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada FMT sambil menambah dakwaan itu hanya taktik berkempen.

Terdahulu, Anwar hari ini dilaporkan mendakwa pemimpin PAS dan Bersatu menemui beberapa pemimpin Umno. PAS dan Bersatu sebahagian daripada PN.

Selain Mohamad, pemimpin PN didakwa turut menemui Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here