Warga Felda sambut baik tawaran PN

0
187

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu agensi kerajaan yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan-kawasan lain untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Nasib warga Felda ini tidak pernah dipinggirkan dan antara khabar gembira yang melegakan hati peneroka khususnya apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) melupuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Kerajaan PN juga menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion bagi menambahbaik model perniagaan agensi tersebut.

Terbaharu, nasib warga Felda itu terus mendapat perhatian menerusi Tawaran PN BEST PRU15 yang diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk memperkasa generasi itu, PN menawarkan beberapa inisiatif seperti Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa depan mereka dengan mewujudkan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian Internet dan rumah mampu milik.

Inisiatif lain ialah menyelamatkan projek perumahan generasi baharu Felda terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih, di samping memperkenalkan skim keusahawanan Felda bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi.

Turut menjadi tumpuan juga untuk memulihkan Felda supaya prestasinya setanding dengan syarikat perladangan kelapa sawit berprestasi tinggi bagi menjamin kesejahteraan peneroka.

Tawaran PN memperkasakan Felda mendapat reaksi yang baik dari warga Felda di sekitar Bentong, Pahang.

“Sudah pasti sebagai generasi kedua Felda, saya sambut baik usaha PN untuk bantu generasi kami kerana masih ada yang menumpang rumah keluarga. Cuma prosesnya diperhalusi dan dipermudahkan untuk memiliki rumah.” kata Anuar A.Latif, 49, yang menetap di Felda Sungai Nerek

Selain itu, Wan Puspawati Wan Anuar berharap ekonomi lebih stabil bagi memberi laluan kepada kesungguhan PN dalam membantuk rakyat dan memulihkan keadaan.

Buat Izhar Ahmad,73 beliau menghargai tindakan Muhyiddin melupuskan hutang peneroka memang dihargai dan berhadap lebih banyak infrastruktur dapat disediakan seperti bank.

Menurut Shamsudin Abdullah, 61, belia berharap PN mampu mendapat mandat rakyat agar masalah rumah generasi kedua Felda mampu ditangani.

“Syukur kerana pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin membantu peneroka. Saya harap jika PN menerajui negara, masalah rumah generasi kedua diselesaikan. Kalau bukan 100 peratus pun, sekurang-kurangnya lebih ramai generasi ini dapat,” katanya, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here