[VIDEO] Takkan nak pilih bekas banduan, kluster mahkamah jadi PM, Muhyiddin bidas Zahid

0
1802

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan menamakannya sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) bukan “bermimpi di siang hari’ seperti dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya ia diputuskan parti dalam gabungan itu.

Pengerusi PN berkata, ketetapan dibuat gabungan itu supaya rakyat jelas menyokong calon perdana menteri daripada parti mana pada PRU15, sama ada memilih mereka yang mencalonkan banduan, terpalit kes mahkamah atau parti yang bersih bagi menerajui kerajaan.

“Tak mimpi siang, tak mimpi malam, tetapi kita realistik, bukan omong kosong, ada asas dan ini keputusan dibuat pimpinan PN untuk menamakan siapa bakal perdana menteri.

“Ini nak bentuk kerajaan, rakyat nak tahu, kalau bakal perdana menteri terdiri kluster mahkamah, adakah rakyat nak bekas banduan atau dia fikir abah bagus. Ini bukan soal mimpi siang hari, ini siang-siang waktu PRU, rakyat nak tahu jelas, telus, jangan menyorok di belakang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja.

Muhyiddin turut menyindir pemimpin parti tertentu yang secara diam mahu bersekongkol untuk bekerjasama termasuk menamakan calon perdana menteri daripada individu parti lain.

“Dia kata nak jadi kerajaan, tetapi lepas itu nak sekongkol dengan pihak lain, nak menamakan orang lain jadi PM, dia tak jadi PM. Jangan bermain dengan kebijaksanaan orang, kita kena jelas, bersifat telus kerana ini soal masa depan negara,” katanya.

Semalam, Zahid yang juga presiden Umno berkata PN “bermimpi di siang hari” jika mengharapkan Muhyiddin menjadi perdana menteri kali kedua seperti “bosnya” sewaktu dalam PH iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata sokongan kepada PN meningkat termasuk daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu selepas gabungan itu melancarkan Tawaran PN-BEST

“Namun kita tidak boleh terlalu selesa, tetapi data menunjukkan sudah ada peningkatan agak memberangsangkan. Kita akan teruskan usaha jelaskan apakah tawaran kita buat untuk negara, apa pengalaman saya khususnya menguruskan negara ketika zaman susah yang berkaitan Covid-19, pemulihan ekonomi,” katanya,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here