PRU-15: Polis Pulau Pinang terima 20 laporan, buka 6 kertas siasatan setakat ini

0
226

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

POLIS Pulau Pinang menerima sebanyak 20 laporan dan membuka enam kertas siasatan berhubung laporan jenayah dan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat ini.

Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pulau Pinang berkata, seorang lelaki turut ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes memeras ugut pengadu yang ingin memasang bendera di Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di kawasan Parlimen Bukit Bendera.

Katanya, lelaki tempatan itu disiasat menurut di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Kertas siasatan yang dibuka ialah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat); Seksyen 323 Kanun Keseksaan (cederakan); Seksyen 324 Kanun Keseksaan (serang dan mencederakan) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

“Selain itu Seksyen 500 Kanun Keseksaan(fitnah)/233 Akta Akta Komunikasi Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi),” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah jurucakap itu, sebanyak 167 permit juga telah dikeluarkan polis kepada semua parti polik dan calon Bebas yang mahu mengadakan ceramah bagi PRU15.

Daripada jumlah itu jelas beliau, satu permit ditolak oleh pihak polis kerana lambat menghantar borang.

“Proses berkempen dan PRU15 di Pulau Pinang berjalan lancar serta masih dalam kawalan, malah tiada insiden yang serius dilaporkan setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu tambahnya, polis Pulau Pinang menasihatkan semua parti termasuk penyokong mereka menghormati antara satu sama lain.

Katanya, mereka juga diingatkan tidak melakukan kerosakan seperti membakar atau mencabut poster, kain rentang dan bendera mana-mana parti politik.

“Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here