Pelajar Tingkatan Tiga maut jatuh bangunan sekolah

0
166

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, Ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung pelajar perempuan sekolah terbabit dipercayai terjatuh bangunan sekolah itu melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian menjadi bangunan sekolah itu mempunyai empat tingkat yang mana bahagian bawah adalah perpustakaan, manakala tingkat dua pula kosong, tingkat 3 pula adalah kelas bagi pelajar Tingkatan Enam, manakala tingkat 4 pula kosong.

“Namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, menurut saksi, ketika kejadian, keseluruhan bangunan itu kosong kerana semua murid sekolah berkenaan menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas masing-masing.

Beliau berkata, mayat pelajar berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here