[VIDEO] Shah Alam dilanda banjir kilat

0
230

HUJAN lebat beserta angin kencang melanda Shah Alam, Selangor, petang ini, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat kira-kira jam 3 petang.

Hujan yang berterusan sehingga jam 5.30 petang ini dan reda pada jam 6 petang memaksa penduduk di Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 32 dan Kampung Padang Jawa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Menerusi perkongsian di media sosial, difahamkan terdapat beberapa buah rumah di sekitar mukim ini sudah dinaiki air sehingga ke paras buku lali.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba sudah membuat tinjaun di beberapa lokasi yang dikatakan ketika ini.

“Kita akan maklumkan semula selepas semua anggota selesai membuat tinjaun,” katanya ringkas, lapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, terdapat netizen memaklumkan bahawa jalan dari Seksyen 17 ke Seksyen 18, air sudah dinaiki paras buku lali.

“Jadi, guna jalan lain dan elakkan guna jalan tersebut.

“Difahamkan di Bukit Kemuning, ada beberapa rumah sudah dinaiki air,” komen seorang netizen di media sosial Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here