Enam sungai berada paras bahaya

0
174

ENAM sungai melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada paras bahaya setakat jam 8 malam pada Selasa berikutan hujan berterusan.

Sungai yang merekodkan melebihi paras bahaya ialah Sungai Pulai dan Sungai Muar di Johor, Sungai Melaka di Alor Gajah, Melaka serta Sungai Perlis di Kangar, Perlis, lapor Sinar Harian.

Selain itu, turut berada di paras bahaya ialah Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak dan Sungai Klang, Selangor.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/melaporkan melaporkan tiga daripada semua sungai terbabit menunjukkan trend menaik manakala satu lagi menurun dan satu tidak berubah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here