Pemuda India sokong PN

0
229

DI sebalik kem penyokong Perikatan Nasional (PN) yang majoritinya kaum Melayu, terdapat segelintir penyokong dari kaum India di kem tersebut yang ditemui di luar pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Sabtu.

Tiga sahabat yang juga pekerja ladang, T Ragu, 39, R Jayakumar, 38, dan K Ravi, 23, datang dari Sri Jaya di sini untuk memberikan sokongan kepada PN kali ini.

Masing-masing yang pertama kali hadir memberikan sokongan kelihatan gembira dan teruja dengan melihat suasana penamaan calon.

Ragu ketika ditemui memberitahu, sepatutnya lebih ramai sahabatnya ingin datang memberikan sokongan tetapi berdepan masalah kerana kenderaan mereka mengalami kerosakan.

“Saya pilih PN kerana inginkan perubahan dan berharap lebih banyak pembangunan dapat dilakukan di tempat saya.

“Dan memang suasananya lain macam serta gembira kerana dapat bersama penyokong PN lain di sini,” katanya lapor Sinar Harian.

Bagi Ravi pula, dia seronok kerana dapat bertemu rakan-rakan penyokong lain dan ia menjadi pengalaman pertama buat dirinya melihat dan menikmati situasi tersebut.

“Biarpun hujan pagi tadi, bukan masalah untuk kekal setia memberikan sokongan di sini,” katanya yang tiba di PPC tersebut bersama rakannya kira-kira jam 8.30 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here