Aku Janji terjemahan impian mahu Malaysia dipimpin pemimpin bebas rasuah – Muhyiddin

0
322

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjadi impiannya untuk melihat Malaysia dikemudi oleh barisan kepimpinan yang bebas daripada jenayah rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, katanya, impian itu akan diterjemahkan dengan “Aku Janji Integriti Calon” Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Insya-Allah kami di Perikatan Nasional komited untuk menawarkan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya dalam hantaran si Facebook pada Khamis.

Muhyiddin menambah perjuangannya melawan rasuah ini telah dibuktikan melalui sejarah panjang saya.

“Saya dibuang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana saya berjuang melawan golongan yang menyalahgunakan kuasa demi poket sendiri,” katanya.

Berikut Aku Janji Integriti Calon PN PRU-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here