Radzi yakin cipta ‘era baharu’ di Putrajaya

0
542

DATUK Dr. Radzi Jidin yakin dapat mencipta “era baharu” buat Putrajaya dengan sokongan seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) dan warga Parlimen itu.

Calon PN bagi Parlimen itu yang juga Menteri Pendidikan berkata, selepas berkhidmat sebagai menteri Kabinet dan menetap di Putrajaya, beliau menyelami sedikit sebanyak permasalahan penduduk, selain dikongsikan sendiri warga Putrajaya sama ada ketika program rasmi atau pertemuan biasa.

“Insya-Allah, dengan amanah yang diberikan oleh PN ini, saya akan perjuangkan suara warga Putrajaya dan ikhtiarkan sebaiknya demi kesejahteraan penduduk.

“Saya percaya dengan kerjasama dan dukungan seluruh jentera PN, tidak terkecuali setiap warga Putrajaya, kita semua mampu mencipta era baharu Putrajaya,” katanya menurut Sinar Harian.

Rabu lalu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan parti itu akan mempertaruhkan Radzi di Parlimen Putrajaya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Radzi berkata, pengumuman oleh Muhyiddin semasa program Jelajah Prihatin Putrajaya merupakan satu penghormatan dan amanah akan digalas sebaiknya.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin, pucuk pimpinan PN serta kepimpinan Bersatu atas kepercayaan yang diberikan.

“Memetik kata-kata Tan Sri Muhyiddin semalam, ‘keberadaan kita adalah untuk mewujudkan kerajaan dan kepimpinan yang baik, prihatin, amanah dan penuh integriti yang dapat melaksanakan pembangunan menyeluruh sehingga Malaysia kembali menjadi negara hebat dan disegani’.

“Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perubahan berlaku dalam arena politik negara, bermula dari Putrajaya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here