PN tak letak calon ada kes mahkamah – Hamzah

0
227

PERIKATAN Nasional (PN) tidak akan memilih calon yang berdepan kes mahkamah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, calon PN perlu melepasi semua saringan ditetapkan antaranya polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan beberapa agensi lain.

“Sebab itu kita nak benar-benar calon kita bersih. Kita dah ambil nama untuk dikemukakan kepada agensi untuk periksa latar belakang.

“Kita tengok parti-parti lain sama ada mereka ikut cara sama,” katanya lapor FMT dalam sidang media di Maktab PDRM, Cheras.

Hamzah berkata, keperluan memilih calon yang bersih supaya integriti mereka tidak akan dipersoalkan pada masa depan.

“Nak tentukan negara dihormati biarlah pemimpin dan mereka nak jadi Ahli Parlimen nanti mereka yang bersih dan barulah negara ini dihormati dan kita boleh jadi negara yang stabil,” katanya.

Hamzah berkata demikian ketika ditanya pemilihan calon PN bagi PRU15 dan diminta mengulas saringan ketat pemilihan calon yang turut dilakukan Umno.

Sementara itu, Hamzah turut menolak cadangan Anwar Ibrahim supaya calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan (PH), PN dan Barisan Nasional (BN) mengadakan debat secara terbuka sempena PRU15.

Katanya, lebih baik menyerahkan kepada rakyat untuk memilih wakil supaya perdana menteri akan dilantik mampu mengurus ekonomi dan memastikan kestabilan negara.

“Kita kena faham negara kita unik. kita ada kaum, etnik ramai, jadi biarlah lakukan secara baik, tak hukum menghukum mana-mana dan timbul isu perkauman yang boleh merosakkan pemikiran rakyat jadi bukan secara debat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here