Dr Radzi Jidin calon PN Parlimen Putrajaya

0
1300

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai calon PN pada Pilihan Raya Umum ke-15, 19 November ini.

“Malam ini sahih, bukan uar-uar, bukan khabar-khabar, tetapi diumumkan oleh pengerusi PN bahawa ini calon kita di Putrajaya,” katanya pada Jelajah Prihatin Nasional Putrajaya malam ini.

Radzi dijangka berdepan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas dilihat sering kali hadir pelbagai program rasmi kementerian dan komuniti sekitar kawasan berkenaan. 

Selain Radzi, turut hadir Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan slogan PN untuk PRU15 iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil dengan laungan PN Best! .

“Ini tagline yang kita akan laungkan pada PRU15 dan PN Best adalah harapan kita,” katanya.

PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here