Dominic Lau sah bertanding di Pulau Pinang

0
504

PRESIDEN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengesahkan beliau akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandinginya, sebaliknya, memberitahu wartawan supaya menunggu sehingga pengumuman dibuat pada 30 Oktober ini.

“Apa yang saya boleh sahkan, saya akan kembali ke Pulau Pinang. Saya sebagai Presiden (Gerakan), saya boleh bertanding di mana-mana sahaja,” katanya dalam sidang media pada pelancaran Bilik Gerakan PRU15 PN Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang, pada Selasa.

Menurut laporan Astro Awani, antara kerusi Parlimen yang akan ditandingi Gerakan di Pulau Pinang ialah Jelutong, Bayan Baru, Bukit Bendera, Tanjong dan Batu Kawan.

Dalam PRU14, kerusi Parlimen Tanjong dimenangi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dari DAP dengan majoriti undi 29,599; Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP, majoriti 38,171 undi); Bukit Bendera, Wong Hon Wai (DAP, majoriti 40,731 undi); Bayan Baru, Sim Tze Tzin (PKR, majoriti 37,751 undi) dan Batu Kawan, Kasthuriraani Patto (DAP, majoriti 33,553 undi).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here