Wakil rakyat PKR tak pertahan kerusi Parlimen Alor Setar

0
208

Oleh RIZQI ZABIDI

SELEPAS hanya sepenggal di Alor Setar, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chan Ming Kai mengesahkan yang beliau tidak akan kembali untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Ming Kai yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Simpang Pulai di Perak dan ADUN Indera Kayangan di Perlis berkata, beliau dimaklumkan yang dirinya tidak lagi akan dicalonkan PKR untuk mana-mana kerusi dalam PRU.

Katanya, sebelum ini beliau sememangnya bercadang memberi laluan untuk orang lain bertanding di Parlimen Alor Setar dan mencabar di kerusi yang belum dimenangi gabungan pembangkang seperti Bagan Datuk, Gombak, Ampang atau Pagoh.

“Namun setakat ini parti hanya memutuskan untuk meletakkan calon baru di Alor Setar saja.

“Saya dimaklumkan tidak akan dicalonkan lagi oleh parti untuk mana-mana kerusi dalam PRU akan datang,” katanya.

Tambahnya, beliau menghormati serta menerima keputusan parti tersebut dan berterima kasih kepada rakyat dan semua anggota parti yang memberi sokongan terhadapnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here