PRU-15: PN yakin menang 4-0 di Larut

0
299

SETIAUSAHA Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin yakin Perikatan Nasional (PN) mampu mencipta kemenangan di semua empat kerusi termasuk tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Larut.

Hamzah yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut, berkata gelombang yang ditunjukkan pengundi-pengundi terhadap semangat PN adalah lebih ikhlas dan jujur untuk menentukan masa depan negara yang lebih baik.

“Di Larut ini kita yakin untuk menang 4-0 pada PRU nanti.

“Semangat Larut ini akan kita bawa ke Parlimen di sekeliling kawasan kita ini supaya kita dapat memenangi seberapa banyak kerusi yang ada dalam negeri Perak,” katanya dalam ucapan di program Pelancaran PN Larut di Pekan Selama, di sini pada Sabtu seperti dilaporkan Berita Bersatu.

Ucapan itu mendapat sorakan hampir 8,000 penyokong parti yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PN Perak yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria, Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi PN Larut, Mohd Akmal Kamarudin.

Parlimen Larut mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Selama dan Kubu Gajah yang kini disandang wakil rakyat PAS serta Batu Kurau disandang wakil rakyat BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here