Sudah dua bulan bekalan telur terjejas, harga susu tin pula mencanak

0
1091

BEKALAN telur terhad daripada pembekal serta kenaikan harga susu tin yang tidak masuk akal terus membingungkan sebahagian peniaga kedai runcit sehingga tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Menerusi tinjauan Satuberita di sekitar kawasan Ampang, Kuala Lumpur rata-rata peniaga kedai runcit terkesan selepas pembekal tidak dapat membekalkan stok kepada mereka.

Menurut pembantu kedai runcit, Muslim Budiman 40, dia akui sudah dua bulan tidak mendapatkan bekalan telur daripada pembekal sehingga terpaksa mendapatkan sendiri di pasaraya.

” Sekarang memang pembekal sudah dua bulan tidak hantar, mereka kata kekurangan bekalan dan sarankan saya untuk dapatkan sendiri di luar.

” Kalau kita beli di pasaraya, dulu sekali kita beli 15 papan, sekarang terhad cuma 10 papan, itu pun kalau dapat,” katanya.

Malah dia berkata walaupun masih terdapat bekalan di pasaraya besar, namun pembelian adalah kekal terhad dan bergantung kepada jumlah perbelanjaan.

” Mereka tengok perbelanjaan kita kalau kita beli banyak baru dia bagi sepuluh papan, kalau barang yang kita beli tidak sampai satu ribu ringgit, mereka cuma lepas lima papan sahaja kepada kita”, ulas Muslim.

Muslim Budiman 40

Tambahnya sesetengah barang keperluan lain juga turut terjejas selepas berlaku kenaikan harga yang mendadak.

“Susu tin masih ada stok, tapi harga memang terus naik. Satu karton saya beli RM43 lebih kurang , maknanya satu tin susu naik harga dekat 90 sen daripada sebelum ini,” ulasnya lagi.

Selain itu, seorang lagi pengusaha kedai runcit Robiatul Dadriya 32, turut mengakui bekalan telur terhad yang diperoleh dari pembekal sememangnya tidak cukup bagi menampung permintaan pelanggannya.

” Kalau kita tanya supplier pun asyik tiada sahaja kata mereka walaupun setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang cari telur.kita tidak boleh buat apa sebab bekalan memang tiada,” jelasnya.

Dia mengulas lagi bahawa stok sesetengah barang lain juga ada yang sudah lama tidak sampai disamping kenaikan harga susu yang tidak logik.

Robiatul Dadriya 32

“Minyak masak paket lagi lama dah hampir tiga bulan tidak masuk..Susu tin bekalan so far memang ada, tapi harga dia makin hari makin naik, naik dia tu sampai tidak masuk akal.” katanya–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here