Banjir jejaskan peratusan keluar mengundi-Armada Sabah

0
203

BENCANA banjir akan menjejaskan peratusan keluar mengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, sekiranya hari mengundi jatuh pada musim banjir, ia akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terutama pengundi atas pagar menjadi rendah.

Hanya mereka yang betul-betul penyokong tegar sahaja sanggup turun mengundi semasa musim banjir.

Namun, perlu dilihat keadaan banjir juga, sekiranya banjir agak teruk, peratusan mengundi memang akan menurun.

Keadaan itu sekali gus memberi kelebihan kepada calon kedua-dua pihak sama ada kerajaan mahupun blok pembangkang. Masing-masing mempunyai kelebihan sekiranya peratusan mengundi rendah.

Mengulas lanjut katanya, Armada Sabah cukup bersedia untuk membantu siapa pun calon daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Barisan Nasional untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

“Kita akan bekerja bersama-sama demi kemenangan calon kita pada PRU15. Pada masa ini, Armada akan mengetengahkan tiga atau empat orang calon muda yan dilihat berpotensi menang.

“Walau bagaimanapun, kita akur dan berlapang dada dengan sebarang keputusan di peringkat tertinggi GRS,” katanya ketika ditemui hari ini lapor Utusan Online.

Menurut beliau, di Sabah agak unik kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya berlangsung pada dua tahun lalu maka, jentera parti masih dalam ‘mood’ pilihan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu berkata, jentera parti masih dalam keadaan bersedia jadi, mudah untuk jentera digerakkan bagi berhadapan PRU-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here