LZS nafi kerjasama bina rumah asnaf dengan seorang wanita

0
219

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menafikan sebarang kerjasama pembinaan rumah asnaf di negeri itu dengan sebuah syarikat milik seorang wanita.

LZS menerusi hantaran dalam Facebook rasminya memaklumkan pihaknya tidak pernah melantik syarikat berkenaan sebagai panel kontraktor bagi membina rumah asnaf di Selangor dan pelantikan kontraktor itu perlu melalui proses pemilihan yang ketat serta mendapat kelulusan jawatankuasa khas.

“LZS amat kesal dengan tindakan wanita itu yang menyebarkan maklumat tidak benar sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk LZS bagi mendapatkan maklumat tepat,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, seorang wanita yang menggelar dirinya ‘Dato’ Seri’ mendakwa bahawa syarikat miliknya menjalankan kerjasama dengan LZS bagi tujuan pembinaan rumah asnaf menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 56 saat yang tular dalam laman sosial. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here