Facebook Instagram
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Search
NEWSPAPER DISCOVER THE ART OF PUBLISHING
  • Semasa
    • Jenayah
    • Mahkamah
  • Rencana
    • Pendapat
    • Analisis
  • Politik
  • Dunia
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Video
Home Politik PRU15: Parti komponen setuju guna logo PN
  • Politik

PRU15: Parti komponen setuju guna logo PN

By
SatuBerita
-
October 6, 2022
0
222
Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
    Pengerusi PN,Tan Sri Muhyiddin Yassin

    PARTI -parti komponen Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat untuk menggunakan logonya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

    Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penggunaan logo selain PN mungkin boleh digunakan di sesetengah kawasan dan ia melibatkan perbincangan terbuka antara pemimpin komponen parti dalam gabungan tersebut.

    Menurutnya, tiada rahsia yang perlu disorokkan sesama mereka dan ia menunjukkan keikhlasan untuk berbincang demi kepentingan bersama.

    “Saya nak jelaskan, tidak ada rahsia amtara kami dalam PN. Kalau saya buat sesuatu, saya kembali dan melaporkan secara terperinci apa yang sudah saya lakukan.

    “Tiada apa untuk disorokkan, saya nak tunjukkan keikhlasan pimpinan PN untuk sama-sama berbincang hal-hal yang ada kepentingan bersama,” katanya lapor Berita Bersatu.

    Beliau berkata demikian dalam ucapananya semasa dalam Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi PN dan Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Kawasan di Glenmarie Hotel and Resort, di sini pada Rabu.

    Dalam pada itu, Muhyiddin ketika ditemui media di sini turut memaklumkan pihaknya menubuhkan jawatankuasa manifesto untuk merangka tawaran kepada rakyat dalam PRU15.

    Ujarnya, manifesto tersebut merangkumi semua aspek untuk kepentingan rakyat dan negara dengan mengambil kira situasi serta keadaan selepas pandemik Covid-19.

    “Ia mengandungi semua perkara penting yang kita janji dan nak laksanakan untuk kepentingan rakyat dengan mengambil kira situasi dan keadaan selepas pandemik, masalah ekonomi yang agak merosot serta bantuan prihatin.

    “Jawatankuasa kita dah sedia tapi saya menunggu bila akan dibentangkan pada Jawatankuasa Induk Perikatan Nasional,” katanya.

    • TAGS
    • logo
    • Muhyiddin Yassin
    • PN
    • PRU15
    Facebook
    Twitter
    Pinterest
    WhatsApp
      Previous articleMangsa pemerdagangan manusia perlu bantuan dana untuk pulang ke Malaysia
      Next articleAwie Wings kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
      SatuBerita
      SatuBerita
      Xing
      Sign in
      Welcome! Log into your account
      Forgot your password? Get help
      Password recovery
      Recover your password
      A password will be e-mailed to you.

      LEAVE A REPLY

      Log in to leave a comment

      Terkini

      • Pengundi luar tidak pulang jejas peluang PN – Faizal Azumu
      • 8,000 peniaga makanan di Johor bakal gulung tikar
      • Tiga maut bas ekspres terbabas di Kuala Lipis
      • Harga beras naik mendadak: Bukan sahaja B40, semua rakyat terasa beban
      • BERSATU terus pertahan kepercayaan rakyat – Muhyiddin
      © Newspaper WordPress Theme by TagDiv