[VIDEO] Tanggungjawab besar Bersatu, selamatkan negara, tukar kerajaan – Muhyiddin

0
486

AHLI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar menyelamatkan negara dengan memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan negara pada masa ini semakin tidak baik dan pilihan yang ada bagi membetulkan keadaan itu ialah dengan menukar kerajaan sedia ada.

“Walaupun negara kita tidak hadapi ancaman peperangan, tetapi kita berhadapan peperangan lain iaitu menyelamatkan negara daripada jatuh ke satu paras kolam paling dalam.

“Tahun depan masalah lebih teruk. Walaupun sudah ada usaha dibuat, walaupun sudah ada tanda-tanda pertumbuhan tetapi itu tidak mencukupi.

“Sebab itu jawapan yang paling penting sekarang ialah bila mana pilihan raya sampai, kita tukar kerajaan yang ada hari ini,” katanya berucap pada majlis sambutan ulang tahun keenam Bersatu di Putrajaya pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional menambah, walaupun Bersatu bukan parti besar, namun mempunyai tekad besar selamatkan negara.

Tegasnya, dengan keadaan tidak semakin tidak baik, usaha perlu dilakukan bagi membolehkan Bersatu dan Perikatan Nasional menentukan sendiri hala tuju negara.

“Kita bina sebuah kerajaan Perikatan Nasional. Bukan sebab saya hendak jadi Perdana Menteri. Tidak kisah, sesiapa pun boleh menerajui negara dan menerajui kerajaan.

“Yang paling penting Perikatan Nasional kembali berkuasa supaya menguruskan negara ini dengan lebih teratur, lebih berkesan dan yang paling penting, rakyat jelata mesti ada cukup makan atas meja mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here