Lelaki maut tersepit, kereta rempuh pembahagi jalan dan terbalik

0
196

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, Ayer Hitam, Kluang tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.19 tengah malam.

“Seramai enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta sebuah kereta Proton Wira. Mangsa yang merupakan seorang lelaki, R Karthig berusia 37 Tahun didapati tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, PGO Negeri Johor PKO bertindak menggunakan ‘rescue cutter’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here