Ringgit jatuh lagi pagi ini, Kenanga Research ramal RM4.55 = AS$1

0
277

RINGGIT meneruskan aliran menurun ketika pembukaan urus niaga agi ini (19 September 2022) disebabkan kekurangan pemangkin di tengah-tengah sentimen penolakan risiko yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang ringgit susut kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS, daripada 4.5340/5365 yang dicatat ketika ditutup pada Khamis (16 September).

Pasaran ditutup pada Jumaat (16 September) sempena sambutan Hari Malaysia 2022.

Dalam satu nota, Kenanga Research berkata pelabur sentiasa memantau rapat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang penting pada minggu ini, di mana Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijangka meneruskan momentum kenaikan kadar faedahnya.

“Ringgit mungkin didagangkan sekitar 4.52 hingga 4.55 berbanding dolar AS yang selamat di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko yang semakin meningkat berikutan jangkaan bahawa Fed akan terus menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas lagi,” katanya lapor Agendadaily.

Namun begitu, penurunan selanjutnya mata wang tempatan diimbangi oleh kenaikan harga minyak, di mana pada masa laporan ini disiarkan, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.11 peratus kepada AS$92.36 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1799/1862 daripada 5.2214/2242 pada penutup Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2236/2280 daripada 3.2238/2261 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.5395/5450 daripada 4.5317/5342 minggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1729/1770 daripada 3.1647/1666 sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here