15 kenderaan polis musnah dalam kebakaran

0
164

KIRA-KIRA 10 kereta dan lima motosikal berkuasa besar musnah dalam kebakaran di bengkel kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di or Setar, pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.53 pagi tadi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, BBP Jalan Raja dan dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Jalan Kundor dan Seberang Nyonya bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan bangunan bengkel itu.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi terdapat 10 kereta dan lima unit motosikal berkuasa besar terbakar,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mohamadul Ehsan berkata, kebakaran itu membabitkan bangunan bengkel yang 80 peratus musnah.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian awal pagi itu setakat ini.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here