Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan

0
251

PEMAKAIAN pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.

“Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.

“Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan pada Sabtu.

Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 September lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here