Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris

0
424

PELAKON terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid hari ini menamatkan zaman bujang selepas menikahi Ahmed Faris Amir.

Pelakon yang sangat masyhur menerusi filem ‘Sepet’ itu disatukan dengan pasangannya dalam majlis akad nikah di sebuah premis acara perkahwinan di sini, sekitar pukul 10.15 pagi ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani, kini memikul tanggungjawab baharu sebagai orang rumah kepada Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa Sharifah Amani sendiri, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Pasangan pengantin bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, juga rakan artis termasuk pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa’, Megat Shahrizal, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, serta ramai lagi.

Pasangan mempelai juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama malam ini lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here