Final Piala FA: Tindakan tegas kepada ‘kumpulan pengacau’ – PDRM

0
292

POLIS DiRaja Malaysia (PDRM) memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan kepada segelintir peminat fanatik bola sepak yang berpotensi menjadi ‘kumpulan pengacau’ pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit, malam ini.

PDRM bakal menempatkan kira-kira 1,000 pegawai dan anggota bagi memastikan aksi disaksikan hampir 87,000 penyokong berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, berkaitan kumpulan pengacau atau dikenali sebagai hooligan, PDRM telah lakukan risikan awal.

“Sehubungan itu, kita ada meletakkan pegawai-pegawai dan anggota kita yang berpa­kaian preman di sekitar tempat duduk penonton.

“Kita pastikan mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan pergaduhan, kita akan ambil gambar, serta video mereka dan kita cakna akan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar keselamatan di Bukit Jalil semalam seperti dilaporkan Kosmo!

Selain itu, Zam Halim memaklumkan kira-kira 87,000 penyokong hadir pada aksi final terbabit dan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pekarangan stadium.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan bakal dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki pekarangan stadium.

Pemeriksaan yang dilakukan meliputi pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan yang dibawa penonton.

“Selain itu, kami juga akan memastikan aliran trafik di sekitar stadium berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang menuju ke stadium,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here