Malaysia rakam ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

0
245

MALAYSIA mengucapkan takziah kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom (UK) atas kemangkatan Raja Britain, Ratu Elizabeth II.

“Baginda adalah seorang tokoh yang tertinggi dan telah memberikan perkhidmatan yang dedikasi sepanjang hayatnya kepada rakyat UK dan negara Komanwel,” kata Menteri Luar, Datuk Seri  Saifuddin Abdullah di Facebook.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan baginda mangkat di Balmoral pada usia 96 tahun.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor, menurut Bernama.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Putera sulong baginda, Charles, 73, dinaikkan takhta sebagai raja baharu yang dikenali sebagai Raja Charles III.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah “penyeliaan perubatan” di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here