Gaji ‘rider’ lebih ‘gah’ berbanding jurutera, netizen raikan pendapat

0
293

Gaji ‘rider’ lebih gah dari jurutera, netizen kongsi pendapat

DESAS-desus gaji bulanan pekerja penghantar barang lebih banyak daripada jurutera menjadi perbualan hangat di media sosial.

Dalam tinjauan SatuBerita di Facebook, Cik Syahidah berkata, jurang gaji tersebut menjadi punca ramai golongan belia lebih berminat menceburi bidang bukan professional.

“Tak boleh salahkan mereka yang memilih (untuk bekerja sebagai penghantar barang), agensi dan jabatan berkenaan perlu menanam minat dan pendedahan kepada anak muda.

“Kerajaan juga perlu selidik tangga gaji dan menambah baik ekonomi negara dengan membawa masuk lebih banyak pelabur luar,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar tawaran gaji penghantar barang sebanyak RM4,000, lebih banyak berbanding jurutera iaitu RM2,700.

Namun, Fitri Nur Muhammad berpendapat walaupun pendapatan ‘rider’ lebih banyak dari jurutera pada awalnya, pengalaman dan ilmu dalam kerjaya lebih mustahak.

“Tidak disarankan untuk jangka panjang, tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiada perkembangan kerjaya dan risiko tinggi di atas jalan raya,” jelasnya.

Selain itu, Mohamad Akmal Radzuan berkata permulaan kerjaya sebagai jurutera mungkin tidak banyak tetapi ada kenaikan gaji setiap tahun.

“Walaupun gaji graduan rendah, sekurangnya ada kenaikan gaji setiap tahun.

“Ada tapak (permulaan) bidang pekerjaan, sistem kenaikan pangkat, gaji, tujuan kerja dan yang paling penting ‘security’ (keselamatan pekerjaan) apabila memasuki sebuah syarikat,” katanya.

Bekas penghantar barang, Pakcik Jeng turut berkongsi pengalaman dan ujian di atas jalanraya.

“Sememangnya pendapatan boleh cecah RM,4000 tetapi kena redah hujan, kerja satu dari pagi sampai malam,” katanya.

Bagi Farz Ley, beliau beranggapan perlu ada kerja tetap dan hanya melakukan penghantaran sebagai pekerjaan sambilan.

“Cari kerja tetap dahulu dan buatlah kerja penghantaran sebagai sampingan, itu keputusan terbaik,” katanya. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here