Dibawa Jumpa Pakar Psikiatri, Puteri Balqis & Ibu Disahkan Hidap PTSD

0
221

MINGGU lalu, industri hiburan negara dikejutkan dengan pendedahan pelakon Puteri Balqis yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksuak sejak kecil.

Selepas pendedahan itu, Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam.

Memetik portal BOOM, kedua mereka bermalam di wad hospital berkenenaan dan disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD) .

Menurut sumber, Balqis dan ibunya ke hospital bersama pihak polis pemeriksaan dilakukan bagi membuktikan dakwaan Balqis.

“Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri.

“Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis,” kata sumber.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here