Selagi rezeki halal, Faizal AF4 tidak kisah jadi penjual Coway

0
963

LAMA rasanya tak dengar khabar berita tentang penyanyi Faizal Ramly. Namun, baru-baru ini tular video mengenai penyanyi itu yang juga merupakan juara Akademi Fantasia musim keempat.

Video itu juga turut memaparkan perkembangan terbaru Faizal yang memaklumkan baru saja memulakan pekerjaan baru bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah, Coway (M) Sdn. Bhd. Menerusi video itu, Faizal berharap agar orang ramai dapat memberikan sokongan pada perniagaan mereka.

“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya melibatkan diri bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Amin,”  katanya lapor Rotikaya.

Sementara itu,dalam satu video lain Faizal berkata dia masih lagi aktif menyanyi meskipun sudah membabitkan diri dalam bidang baru sebagai usaha untuk mencari rezeki.

Jelasnya lagi, tiada masalah untuk melakukan dua pekerjaan kerana apa yang penting memperoleh rezeki yang halal.

“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi. Jadi, rasanya takde masalah selagi saya mencari rezeki halal. Saya sayang anda semua.. senyum sokmo!”  katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat penyanyi itu serta mendoakan agar Faizal terus berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa rindu untuk melihat penyanyi itu kembali beraksi serta tertanya-tanya mengapa tidak menyertai Gegar Vaganza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here