Lelaki warga Myanmar aktif curi kereta ditahan 

0
281

Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Pandan Perdana, Ampang semalam.

Penahanan suspek warga Myanmar berusia 24 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi di Taman Seri Taming, Kajang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pada mulanya, mangsa mendapati kereta jenis Proton Iswara yang di parkir di tepi jalan telah hilang pada pukul 9 pagi.

Kata beliau, susulan itu satu laporan dibuat oleh mangsa sebelum satu operasi tangkapan dilakukan.

“Kita turut menjumpai kereta yang dilaporkan hilang dan beberapa kunci kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin memetik laporan Utusan Online.

Mohamad Farouk berkata, modus operandi suspek adalah mensasarkan kereta model lama di parkir di kawasan sunyi.

Jelas beliau, semakan lanjut mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. 

“Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here