Kes harian COVID-19 masih pada paras 3,000

0
312

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan kes positif baharu COVID-19 negara semalam masih berada pada paras 3,000, apabila sebanyak 3,118 kes direkodkan.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, tujuh daripada kes berkenaan adalah kes import.

Setakat ini, sejumlah 4,733,438 kes positif COVID-19 dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari 2020.

Sebanyak 3,363 kes sembuh juga dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 4,699,584 kes yang sudah pulih setakat ini.

Bagaimanapun, KKM turut melaporkan enam kematian semalam akibat COVID-19 dengan tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kes kematian berkenaan dilaporkan di Perak dan Selangor (masing-masing dua kes kematian termasuk satu kes BID di Perak) dan masing-masing satu kes BID di Melaka dan Putrajaya.

KKM turut melaporkan sebanyak 35,737 kes aktif COVID-19 setakat malam tadi dengan 34,294 menjalani isolasi di rumah; 1,345 kes dirawat di hospital manakala 23 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 75 pesakit COVID-19 kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat semalam, 62.9 peratus wad ICU seluruh negara sedang digunakan dengan 20.1 peratus menempatkan pesakit COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here